Jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..

Kredit gambar: Cikgu Taufiq

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Saya baru aktif dalam forum sifoo.com. Jadi saya ada hantar design diruangan kritikan dan komen. Salah satu design saya ada menggunakan tulisan jawi. Jadi seorang kawan iaitu ezuina ada tanya saya macam mana nak guna tulisan jawi dalam design? Maka itulah saya dapat idea untuk buat entry ini. Dah pandai tulis jawi?
Untuk menggunakan tulisan jawi, boleh ke laman ini. link tulisan jawi. Dalam web tersebut dikongsikan perisian multikey. Semua disediakan daripada software istallation, tulisan sehingga pandua untuk digunakan. Download semua dan apa lagi, try and errorlah. Saya cuba kat photoshop tapi tak dapat. Jadi ada 2 cara yang saya gunakan.

Kaedah yang pertama: Saya buka word, setkan multikey seperti yang dikehendaki dan tulisnya di microsoft word. Selepas itu, copy dan buka Photoshop. Kemua paste kat PS setelah pilih ‘text tool’. Kaedah ini digunakan kerana bila kita tapi terus ke PS hasilnya tak ada.
Kaedah yang kedua digunakan bila beberapa font masih tak support. Jadi, tuliskan dalam word, besarkan tulisan dan print screen. Selepas itu paste kat photoshop dan edit sebagai gambar. Semoga dapat membantu. ada apa2 bantuan yg diperlukan contact saya atau direct owner software multikey.

Bagiaman pula nak pastikan ejaan jawi kita betul? Cuba link dibawah, mereka menyediakan perkhidmatan translate rumi kepada jawi secara online. Ada 2 version.
link 1
link 2
link satu, version terbaru 3.0
dan link 2 version lama, 2.2.

p/s: cuba2lah tulisan jawi.. best tuue

[ad code=1 align=center]

Related Posts with Thumbnails