Posts tagged Hari raya
HARI RAYA 2011
0Yaumul jaaizah- iaitu hari raya adalah hari penerimaan hadiah. Semua muslimin dan muslimat digalakkan hadir ke rumah Allah untuk solat raya termasuk yang uzur boleh datang dan duduk diluar. Kerana pada hari itu, mereka yang pertama-tama menerima hadiah daripada Allah adalah orang yang berada di rumah Allah (masjid/ surau)
Assalamualikum dan salam sejahtera…
Sempena hari raya yang mulia ini, saya sekeluarga ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua rakan-rakan, pengikut-pengikut dan sesiapa sahaja yang mengenali dan membaca blog saya atas segala kesilapan yang telah saya lakukan sama ada dari segi perkataan atau perbuatan. Nampak ke apa yang saya buat kat More >
DOA PALING UTAMA BULAN RAMADHAN
1Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun” maksudnya dengannya kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?
Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut More >
GRAFIK KAD HARI RAYA
3Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Macam mana hari anda, adakah anda sihat… ucapan raya dah? Tajuk entry kali ini grafik kad hari raya. Saya tiba-tiba rasa nak tulis nie pasal tengah print kad raya untuk sekolah. Zaman it yang sedang berkembang pesat, mengujakan kita semua untuk buat kad raya digital. Lepas boleh send kat kawan2, saudara mara melalui email, fb dan mana2 laman sosial.
Dah buat tue kalau boleh nak yang terbaik. Jadi saya kongsikan beberapa grafik yang boleh didapati secara percuma di internet. Sebelum tue, ini design kad raya sekolah saya. Cantik tak?
Ok seterusnya vektor untuk buat kad raya. More >
KAD RAYA DIGITAL 2010
2Saya masih ingat suatu ketika dulu pada zaman persekolahan sekitar tahun 90an, setibanya bulan puasa, saya dan rakan, buat bajet kos kad raya untuk saudara mara dan rakan taulan. Waktu tu saya menerima banyak kad raya dari kawan-kawan yang baik hati….huhuhu….sampai sekarang pun saya masih menyimpan kad raya tersebut. Betapa memori itu begitu indah…rasa diri dihargai dan dirindui semua kenalan…