TIPS HASILKAN POST BERMAGNET
Assalamualikum w.b.t dan salam sejahtera.
Bagaimana keadaan anda, semoga sihat sokmo, kate ore kelate. Post kali ini saya ingin berkongsi dengan anda untuk menghasilkan post yang suka dibaca pelawat blog. Teknik ini, saya baru baca beberapa kali, rasanya saya perlu cari cara untuk tengok MHI, insyaAllah hasilnya sentiasa cemerlang.
Bagaimana?
Jawapannya, tonton MHI di TV3 setiap pagi…… Saya tahu ada yang bekerja seperti saya, jadi tak sempat nak tengok tv pagi-pagi,namun, saya cerita juga, manalah tahu, anda boleh applykan teknik ini satu hari nanti. Ok..begini caranya. Ini hasil perkonsian bri Raja Kamil dan beliau menceritakan,
“Saya suka menonton MHI kerana kupasan-kupasan satu-satu
isu di sampaikan secara santai tetapi berilmiah.
Sebenarnya saya bukanlah suka tengok tv sangat, cuma
saya buka tv pagi-pagi supaya saya tak tidur lepas subuh…
huhu….(orang kerja sendiri, disiplin kena kuat tau :p)
Apa yang saya buat ialah, mana-mana topik yang dibincangkan
menarik perhatian saya, saya akan catat isi-isi penting
kupasan tadi.
Seterusnya, ialah, saya akan pergi ke komputer saya,
dan cuba cari maklumat lanjut dan maklumat tambahan.
Sebagai contoh, gambar berkaitan, trivia, quote dan macam-macam
lagi.
Saya tak ambil masa yang lama, biasanya sebelum Zohor entri saya
sudah boleh dipost.
Kenapa saya kata teknik ini efektif?
Ini sebab-sebabnya :
1. Ramai yang menontoh MHI
2. Biasanya suri rumah
3. Biasanya penonton MHI ada sambungan internet
di rumah
4. Penonton akan membuat carian lanjut mengenai kupasan
yang disampaikan dalam MHI
5. PALING BEST, biasanya penonton MHI hanyalah pembaca
dan pencari maklumat, BUKAN penyedia maklumat (blogger)
Apa yang berlaku, dalam sehari sahaja, post saya tadi akan
dilawati beribu-ribu orang yang ingin mengetahui lajut
satu-satu isu tersebut.
DAN ini peluang buat anda !
Katakan, satu-satu isu berkaitan perkahwinan, apa anda boleh
lakukan ialah, cari mana-mana produk berkaitan,
yang mempunyai sistem affiliate dan anda boleh promosikannya
dalam post yang anda tulis anda.
Hasilnya…….Ka Ching !!!!”
Cubalah…
Nanti kalau berhasil, belanjalah saya aiskrim Malaysia. Sama-samalah kita cuba, mudah-mudahan bertamabah kebaikan yang kita peroleh. Trafik baik punya.
sumber: Bro Raja Kamil


