Sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah. Barangsiapa yang sedekah RM 1, Allah akan gandakan untuknya RM 10, sekurang-kurangnya. Setiap 1 akan digandakan 10.

Alhamdulillah rasanya dah lama saya tak mencoret sesuatu di sini. Dari komen Q.i.R.A memberi ruang kepada saya untuk menulis dan harap apa yang saya tulis dapat membantu semua pembaca. Nak dikatakan saya dapat income tetap daripada design tak adalah. Belum capai ribu-ribu pun. Untuk lebih penjelasan boleh bertanya kepada otai-otai designer seperti luvlee, Izuan dan beberapa lagi. Tips-tips untuk dapatkan job design dari saya…

1. Latihan Buat Design

Teknik design atau tutorial-tutorial untuk buat design berlambak kat internet. Templet2 pun berlambak kat internet. kenapa orang nak ambil servis dari saya? Ini pentingnya buat latihan berterusan dan wujudkan kerja-kerja sendiri contohnya design kad biz, pamplet dll untuk syarikat sendiri kerana setiap daripada kita mempunyai seni yang tersendiri. Daripada latihan berterusan akan menampakkan keUNIKan yang ada pada design kita. Kita pun akan dapat kekuatan/ keunikan design kita yang tak ada pada sesiapa. Gunakannya sebagai aset dalam tawaran design. Jadi, mula buat latihan… supaya oang boleh tengok, kongsikan hasil kerja kita. Boleh share melalui flickr.com atau mana2 web untuk share gambar. Melalui facebook pun boleh. Supaya orang boleh nilai hasil kerja kita dan tertarik dengan hasil kerja kita. Nak mintak komen hasil kerja boleh join di forum sifoo.com.

2. Buat Design Rakan2

Ramai designer yang berjaya dengan minat. Jadi gunakan minat anda pada grafik untuk buat free design dengan kawan-kawan. Bila hasil kerja kita memuaskan, mereka akan sebarkan kepada orang lain yang berhampiran dan langkah pertama telah bermula bila ramai orang minat dengan hasil kerja kita. Jadi buat design pemplet menyatakan servis kita dan berikan kepada kawan2. Sebenarnya peluang kita lebih cerah bila berada di IPT, kerana kita WAJIB berani menawarkan perkhidmatan berbayar kita kepada persatuan2, pergerakan2 dan juga pensyarah2.

3. Pembekal dan Printing

Bila printing, melibatkan kos dan kita tak ada modal untuk beli printing sendiri. Sedangkan ini sangat penting untuk dapat kos yang murah dan margin untuk kita besar. Maka, rajinlah servey pembekal, tempat printing yang menguntungkan kita. Biasanya syarikat printing akan beri harga yang lebih murah bila tempahan banyak dan berterusan. Itu maklumat yang penting. Jadi, promote dan rancang bajet untuk printing. Contohnya saya buat banner, saya dah ada duit tunai RM 500 untuk modalkan dulu. Saya jumpa 2/3 tempat printing dan saya ambil kira harga dan kualiti. Contonya saya boleh dapat harga RM 1.00/kaki tetapi kualiti sedikit rendah berbanding RM 1.20/kaki tetapi kualiti lebih sedikit iaitu materialnya lebih tebal. Maka, saya selalu hantar printing tempat RM 1.20.


4. Promosi

Gunakan blog untuk tunjukkan hasil kerja kita. Bila kerja kita memuaskan orang akan bertanya adakah kita boleh designkan untuk mereka. Selain blog, gunakan facebook dan banyak lagi untuk membuat promosi. Promosi untuk grafik senang kerana kita cuma perlu sharekan hasil-hasil kerja kita.

Saya rasa itu sahaja yang dapat saya kongsi setakat ini, insyaAllah, jika perlu saya akan sambung lagi pada masa akan datang sebagai tips tambahan. Jangan takut untuk mencuba. Sila bantu saya, jika saya buat silap sila tegur. Komen anda membantu saya cemerlang.