TIPS: 12 SHORTCUTS SPECIAL UNTUK PHOTOSHOP
Allah suka kepada keindahan dan kecantikan, maka diciptakan dan dihiaskan secantik2nya syurga untuk orang yang beriman dan bertakwa.
Shortcuts ini adalah menggunakan beberapa papan kekunci. Dengan mengetahui dan mempraktikkan shortcuts ini, kerja akan menjadi lebih lancar dan pantas dalam proses design. Semoga memberi manafaat kepada semua. Gunalah dengan percuma. Hehe… cuba dulu jadi atau tidak. Saya guna Photoshop CS5. Untuk version lama rasanya sama jugak. Selamat mencuba dan jangan lupa komen @ tanya apa2 yang anda ingin tahu.
1. Caps Lock menukarkan cursor kepada tanda + untuk ketepatan, semasa menggunakan painting or editing tools.
2. Untuk melukis garis lurus, klik ditempat mana garis lurus ingin dimulakan, kemudian bawa cursor ke tempat akhir garis, hold Shift dan klik.
3. Tekan dan tahan Ctrl akan akan menukarkan tool semasa kepada Move Tool, buat sementara.
4. Tekan dan tahan Spacebar akan menukarkan tool semasa kepada Hand Tool, buat sementara.
5. Tekan dan tahan Alt akan menukarkan tool semasa kepada Eyedropper Tool, buat sementara jika menggunakan tool untuk mewarna.
6. Ctrl + Alt + Click dan tarik gamabr, ini akan menghasilkan duplikasi gambar berkenaan atau kawasan pilihan dan gambar diatas berada pada keadaan overlay.
7. Jika anda tekan dan tahan Alt semasa menggunakan Burn atau Dodge Tool, ia akan menukar fungsi tool antara keduanya.
8. Bila selesai menaip menggunakan mana2 text tool, tekan Ctrl+Enter, Photoshop tahu bahawa anda telah selesai.
9. Alt + Mouse Scroll akan menukar zoom.
10. Semasa menggunakan Magnetic Lasso Tool, tekan Delete button akan menghilangkan titik sebelumnya.
11. Semasa bekrja dengan Zoom Tool, Ctrl + Spacebar = zooms in, Alt + Spacebar = zooms out.
12. Eyedropper Tool untuk mendapatkan warna latar, tahan Alt dan klik, ia akan memilih warna latar.
Semoga 12 sortcuts ini membantu anda, jika mahu lebih banyak boleh search mana-mana blog grafik dan jika mahu bahasa melayu, insyaAllah dalam masa terdekat saya akan postkan artikel mengenai shortcut yang ke 2 akan datang. Jadi, sila tinggalkan komen jika berminat dan mahu lebih banyak info tentangnya.


