SELAMAT HARI GURU 2011
Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.USMAN AWANG
1979
Assalamualaikum dan salam sejahtera, selamat hari guru kepada semua guru…

Siapa guru? Dah baca kat atas… rasanya anda tahu kot sape tue guru. Terima kasih cikgu… untuk saya sendiri boleh? Untuk semua guru-guru cikgu-cikgu, kerana pada saya yang kekal dipanggil cikgu. Dah pencen pun panggil cikgu lagi, betul tak? Itulah kehebatannya. Umumnya orang panggil guru.
Cabaran guru masa kini?
[ad code=3 align=center]
Sape-sape yang jadi cikgu tahulah cabaran yang sangat besar perlu dihadapi, maka hargailah guru anda. Bukan hadiah yang ditagih, tapi menghargai ilmu yang telah diajar.
Itu jelah celoteh saya untuk malam ini. Selamat hari guru 2011.
[ad code=1 align=center]



Selamat hari cikgu..
4 beranak perompak berjubah
Miecyber recently posted..4 beranak perompak berjubah