Ikutlah apa yang disukai oleh hati dan iman, jauhilah apa yang disukai hati tanpa iman. Kerana iman itu mata bagi hati.                      ~teratak minda~

Assalamualikum dan salam sejahtera…

Semoga semua sihat-sihat selalu… orang kata cuti itu rehat, saya kata cuti itu penat oooh. Terima kasih kepada semua yang sudi jenguk2 blog saya nie. Dah lama jugak tak update. Seminggu sebelum cuti sibuk murid-murid ujian, lepas tue tanda kertas tambah dengan pindah sekolah. Penatnya, kemudian balik kampung, kampung dan 2, nak on9 pun tak dapat. Kat kampung tak ada internet… emmmm tak sempatlah. CC ada je, pusat it kampung pun ada. Tapi tak apalah, lihat muka mak ayah dengan kasih dan sayang dapat pahala yang besar.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengikut saya… eh macam ayah pin pulak. Sory2..  kepada peminat2 blog ini yang terus memberi sokongan. Saya akan cuba terus update dengan info yang berguna. Kepada follower yang ke 40… siapa ye. Nak tahu niielah blognya. Intai-intailah di sana. http://gadisnakalh83.blogspot.com/.

[ad code= 5 align=center]

Sebelum saya tutp entry ini, emmm sekarang dan masuk bulan Rejab. Kalau tak tahu tengok2lah kalendar hijrah, tenung diri, renung maknanya dan bertindak menjadi jutawan akhirat. Macam mana, jom pakat2 puasa bulan Rejab nie. Lepas tue, ajak orang puasa… macam mana nak ajak? Kongsilah entry nie @ tulis fadhilat puasa Rejab dan kongsilah dengan semua. OK tak?

Semoga kita semua menjadi jutawan akhirat.

[ad code=1 align=center]