HERO KAMPUNG
Kata Hukama,” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan.
Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,
Sepanjang cuti selama 1 minggu saya berjalan balik kampung merentasi semenanjung. Alhamdulillah, walaupun penat tapi memuaskan. Adab berjalan penat, tapi penat yang mengembirakan. Niat yang baik untuk lihat mak ayah… InsyaAllah dapat pahala. Bagaimana dengan anda, adakan anda cuti? Apa yang anda buat sepanjang cuti?
Tajuk macam gempak… hehehe ini cuma nak berkongsi kegembiraan anak saya yang berumur 1 tahun 4 bulan bila balik kampung. Dialah hero, dialah jagoh, malam nangis bila nak tido kerana penat. Itulah kemanisan ada anak dan kegembiraan bila melihat anak gembira. Saya nak kongsikan gambar-gambarnya, tapi seksi sikit, hehehe tak pakai baju… jangan marah.

Gambar-gambar telatah anak…. untuk mendidik anak bukan dengan mengongkong segala-galanya. Ini kira tips didik anak jugalah. Seorang kawan saya, anaknya sebaya dengan anak saya… belum boleh berjalan lagi kerana duduk dengan atuknya. Asyik kene dukung je dengan atuknya. Jadi beri kebebasan untuk anak beraktiviti tetapi terkawal.
Itu sahaja rasanya semoga bermanafaat. Komen apa yang patut, jangan jadi tak patut.
p/s: anak adalah anugerah Allah yang didatangkan putih bersih. Corakkanlah dengan pelangi Islam supaya dapat menumpang di akhirat nanti.





