HARI RAYA 2011
Yaumul jaaizah- iaitu hari raya adalah hari penerimaan hadiah. Semua muslimin dan muslimat digalakkan hadir ke rumah Allah untuk solat raya termasuk yang uzur boleh datang dan duduk diluar. Kerana pada hari itu, mereka yang pertama-tama menerima hadiah daripada Allah adalah orang yang berada di rumah Allah (masjid/ surau)
Assalamualikum dan salam sejahtera…
Sempena hari raya yang mulia ini, saya sekeluarga ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua rakan-rakan, pengikut-pengikut dan sesiapa sahaja yang mengenali dan membaca blog saya atas segala kesilapan yang telah saya lakukan sama ada dari segi perkataan atau perbuatan. Nampak ke apa yang saya buat kat blog nie… hehehe.
Sama-samalah kita bermaafan dan jangan lupa hubungkan silaturrahim. Terutamanya dengan ibu bapa. Mak dan bapak mertua termasuk jugak tau. Dengan adik beradik, jika ada salah faham dan sengketa, ambillah berkat Hari Raya untuk menjalinkan silaturrahim. Silaturrahim akan menjadi saksi kita dimahkamah Allah.
Nie gambar raya tahun lepas. Edit ala2 gamabr lukisan, tapi tak brapa kemas. Sekarang anak dah besar, dah nak sampai umur 2 tahun. Mula terasa tanggungjawab, jadikan setiap masa termasuk hari raya sebagai medium untuk didik anak adab dan sopan. Kata ahli bijak pandai, tidak ada harta yang paling baik diwarisi kepada anak melainkan adab dan sopan.
Akhir kata, sekali lagi saya mohon ampun dan maaf jika ada silap dan salah. Buat awal2, raya dah takde masa yang tulis artikel nie. Jadi buat dulu, harap semua baca dulu, nanti raya boleh sempurnakan.
p/s:duit raya bukan wajib… niat hadiah @ sedekah itu pahala. Betul ke? hehehe betul kot. Tanya ustaz.
