BANNER MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, semalam design dan hantar printing, siap satu hari je banner Mesyuarat Agung PIBG SK Parit Keroma Darat kali ke-30. Semalam petang ambil kat kedai printing. Pagi-pagi tadi pasang dan Alhamdulillah ngam dengan warna tabir.
Telefon tak bawak, tak dapat nak ambil gambar. InsyaAllah, esok saya akan ambil gambar dan sharekan di sini, so jangan lupa jenguk blog saya lagi esok. Tapi saya pun tak janji sempat masukkan ke tak.
Haah hari ini hari Jumaat. Banyak amalan-amalan sunnat yang perlu kita buat untuk dekatkan diri dengan Allah. Mandi sunat Jumaat, potong kuku, bulu2, solat sunat, bersedekah. Dikatakan hariJummat penghulu saegala hari dan amal akan dgandakan lagi sebanyak 7 kali ganda. Semoga kita bersegera dan memperbanyakkan amal pada hari Jumaat yang mulia ini.
Wassalam dan jangan lupa Allah sentiasa melihat kita. Sentiasalah buat kebaikan kerana Allah dan meninggalkan laranganNya untuk mendapat redhaNya. Amin



