Di dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi – (Hamka)

Assalamualikum dan salam sejahtera,
Hai rakan-rakan pembaca semua,

Tidak dinafikan, penggunaan elektrik pada hari ini merupakan keperluan penting di dalam menguruskan kehidupan seharian. Namun, jika penggunaan elektrik terlampau berlebih -lebihan, ia sudah menjadi pembaziran tenaga dan pembaziran wang kocek kita. Betul tak? Cuba buka bil setiap bulan dan perhatikan, ke tak pernah simpan bil? Saya wujudkan 1 fail khas yang melibatkan bil-bil. Walaupun tak sedetail fail sekolah, cikgu katakan… hehehe. Oleh itu, saya ingin kongsikan 12 tips penjimatan elektrik. Semoga bermanafaat…

 

Ikuti tip-tip penjimatan elektrik dibawah :
1. Bersihkan penghawa dingin anda secara berkala dan tentukan saiz penghawa dingin sesuai dengan keluasan ruang tersebut.
2. Tutup lampu dan kipas jika tidak digunkan. Banyakkan menanam pokok-pokok teduhan untuk mengurangkan bahang kepanasan di dalam rumah.
3. Jangan penuhkan peti sejuk anda dengan makanan sehingga melebihi kapasiti yang ditetapkan. Jika tidak, udara sejuk sukar untuk mengalir bebas dan menyebabkan penggunaan tenaga yang berlebihan.
4. Jika cuaca tidak panas, gunakan kipas sahaja dan elakkan dari menggunakan penghawa dingin.
5. Tutup periuk atau kuali ketika memasak bagi mengurangkan masa memasak. Atau dalam erti kata lain, masa memasak anda lebih cepat!
6. Gunakan pemanas air sewaktu mandi dalam keadaan tertentu sahaja. Lebih baik gunakan shower kerana ia lebih jimat berbanding berendam dalam tab mandi.

[ad code=1 align=center]
Emm setakat ini dulu saudara… bersambung pada artikel yang akan datang pada 31.3.2010.  Mudah-mudahan 6 tips ini dapat diperhatikan dan diamalkan dahulu. InsyaAllah 6 tip lagi lebih meletup!

Related Posts with Thumbnails
Share