Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua sesuatu yang menyeronokkan bagi saya kerana kita dapat belajar sesuatu. Saya selalu bila drive saya dengar radia IKIM. Dalam pukul 7 lebih tadi saya nak pergi tuisyen. Bukan belajar, tapi pegi ngajarlah. Saya mendegar tentang warna dalam kehidupan. Boleh dijadikan panduan tapi yakin WAJIB dengan kekuasaan Allah. Ilmu ini sebagai ikhtiar dan usaha… dah melalut ke mana pulak nie… sorry, jangan naik lorry.

[ad code=1 align=center]

Ok, ceritanya tentang warna yang tidak berapa baik untuk diri kita. Yang pertama beliau ceritakan warna merah.. takde pulak diceritakan merah yang macam mana… yang diberitahu warna merah akan memberi kesan negatif kepada diri kita. Jika kita dalam bangunan yang berwarna merah dalam masa yang lama kita akan menjadi rungsing dan serabut. Boleh cuba dengan ambil kain merah, tengok dalam 5 minit, kemudian pejam mata… lepas tu tengok lagi dalam 5 minit kemudian pejam mata. Lepas tue? Jalani kehidupan seperti biasa, tetapi lihat petang nanti anda akan berada dalam keadaan gelisah seperti ada seduatu yang tidak selesai.

Seorang pelanggangnya menceritakan masalah kerisuaan, kebimbangan dan tidak tenang yang dihadapinya. Bila dalam beberapa siri, dia sendiri menyatakan bahawa dah menjumpai jawapannya iaitu selimutnya merah, alas tidurnya merah, sarung bantal pun merah. Semasa kita tidur, badan menyerap tenaga daripada sekitar, dan daripada warna merah, tenaganya agresif, dan menyebabkan kita cepat penat, mengantuk, lenguh2 dan sebagainya.

Ada lagi satu warna yang negatif yang beliau ceritakan, tapi macam tak sempat je… InsyaAllah saya akan sambung lagi. Nak rehat2 badan dulu, esok nak bangun mengajar. Sedekahkan ilmu. Apa-apa pun sudi2lah komen disini.