SIFAT SAHABAT: IMAN YANG SAHIH
Sahabat-sahabatku seperti bintang-bintang dilangit. Jika kamu ikut salah seorang diantara mereka nescaya kamu tidak akan sesat.” Ada seorang sahabat yang rendah orangnya, bilamana Nabi Muhammad s.a.w. melalui 1 pokok yang berdahan, maka baginda tunduk. Sahabat yang rendak tadi pun berbuat demikian, sehingga satu masa yang mana pokok itu telah tiada pun, sahabat berkenaan masih tunduk bila melalui tempat berkenaan….
Alhamdulillah… semoga semua mukmin mukminat terus berada dalam keadaan sihat walafiat fizikal, mental dan rohaninya. Sebagaimana hari ini kita perlu makan, begitu juga roh kita perlukan makanan. Maka, bila jasad kita diciptakan dari tanah, hasil sumber makanan semuanya daripada tanah asalnya. Tumbuh-tumbuhan dari tanah, haiwan2 makan tumbuh-tumbuhan dari tanah. Itulah sunnatullah. Maka begitu juga roh yang diciptakan daripada (Nur) cahaya. Maka, banyak mana makanan yang kita makan tidak akan mengenyangkan roh. Untuk makanan roh, kita perlu kepada amal kerana dengan amal itu ada cahaya. Solat itu ada nurnya, baca alQuran ada nurnya, baca hadis ada nurnya. Jika roh tak dapat makan, maka kuat jasadnya tetapi tiada kekuatan untuk mengamalkan agama. Semoga Allah penuhkan diri saya dan anda semua dengan nur.
Asas yang paling penting dalam hidup adalah iman. Kenapa? Kerana dengan iman yang sahih iaitu yakin sebenar2 yakin dengan kekuasaan Allah penyelesaiaan kepada semua masalah. Miskin adalah masalah yang kecil kerana bila mati selesai masalah kemiskinan dan bermulanya persoalan tentang iman. Sakit pun masalah kecil kerana bila mati seorang anak adam, separah2 penyakit pun akan selesai bila mati kerana sakit mati itu digambarkan seperti disiat kulit hidup2. Selepas beribu2 tahun pun masih terasa sakitnya maut. Dengan iman orang yang berjaya pada pandangan dunia berjaya, orang yang gagal pada pandangan dunia pun berjaya. Seorang yang dapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR dan bersyukur, maka dia berjaya. Bersyukur itu tanda iman. Bila seseorang itu gagal dalam UPSR, dia sabar dan muhasabah untuk memperbaiki diri maka dia pun orang yang berjaya. Boleh bersabarnya dia kerana dalam hatinya ada iman.
Begitu penting iman, usaha atas iman lebih penting sebagaimana pentingnya padi, penting lagi menanam padi. Jika ada bergudang2 padi, jika tidak ditanam lama2 akan habis. Begitulah dengan iman. Untuk usaha tingkatkan iman maka kita banyakkan cakap:
- Tentang kudrat Allah, kekuasaan Allah, Kehebatan Allah sebagaimana yang Allah ceritakan dalam alQuran dan tanda2 yang ada disekeliling kita.
- Tentang tanda-tanda orang yang beriman. Tanda orang beriman bila disebut nama Allah bergetar hatinya.
- Cerita-cerita nabi Allah dan sahabat2 Nabi Muhammad s.a.w.
- Cerita – cerita bantuan ghaibiah kepada nabi Allah dan sahabat.
Orang yang kuat imannya insyaAllah akan dapat akhir kalam dengan lailahaillallah. Barangsiapa akhirkalam dengan Lailahaillallah maka wajib syurga baginya. Insya Allah saya akan sambung pada masa yang akan datang, rajin2lah jenguk blok ini dan kongsikan dengan rakan2 pembaca. Semoga dapat manafaat, dan silalah komen saya yang tidak sempurna ini untuk saya memperbaiki lagi diri saya. Amin



maaf..soalan sy tiada kne mngne dgn tajuk y dibincangkn,,tp anda sbg pihak y amat bertauliah dr sy ini,,apa agknya pndapt anda terhdp sahabat y mmntingkn tmn lelaki berbnding shabt baeknya,,sy ada berkata kpdnya,,tetapi tidak secara terangn,,cuma dalam mksud tersirat,,wajarkah sy berbuat demikian??..krn sy mlihat ianya telh termsok dlm salah 1 risiko utk terjerumus dlm penzinaan,,sy tdk sebaik mna,,cuma apa y sy lihat,,bgimna cara utk sy mngurnnya dlm caea y berhikmah,,terima kasih..