SIFAT SAHABAT: AMALKAN SUNNAH
Masuk rumah dengan memberi salam sunat sahaja tetapi amalan itu adalah sunnah… “Sesiapa yang masuk rumah dengan memberi salam, maka syaitan tidak akan dapat masuk ke rumahnya, tetapi jika sesiapa masuk rumah tampa memberi salam, syaitan akan masuk bersamanya”
Assalamualaikum dan salam sejahtera, semoga semua pembaca dalam keadaan sihat walafiat. Tahniah dan terima kasih kerana sudi membaca artikel ini, semoga Allah memberi rahmat kepada saya dan anda juga. Bagaimana dengan starting di atas, rasa2lah penting tak sunnah dalam kehidupan?
Hendaklah kita yakin, sebenar-benar yakin bahawa dengan sunnah kita akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat, bila tidak mengikut sunnah kita akan gagal. Sangat mudah untuk kita fahami, solat Subuh 2 rakaat, pagi ini kita sangat rajin maka solatlah subuh 6 rakaat… adakah solat kita sah dan diterima? Tidak kerana tidak bertepatan dengan sunnah nabi Muhammad s.a.w. Cuma hari ini orang ingat sunnah itu sunat. Ada sunnah yang wajib dan ada sunnah yang sunat. Yang harus pun ada. Yang pasti barangsiapa mengamalkan sunnah dalam kehidupan, mencontohi kehidupan suci murni Muhammad s.a.w. dia akan mendapat kebahagian, ketenangan, kesenangan didunia yang sementara dan akhirat yang selama-lamnya. Sudah berapa banyak sunnah dalam kehidupan kita?
“Barangsiapa yang berpegang teguh dengan sunnahku di zaman fasad (kerosakan ummat) akan mendapat ganjaran syahid”
“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku dizaman fasad (kerosakan ummat) akan mendapat ganjaran 100 syahid”
“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, tanda dia kasih kepadaku, dan barangsiapa yang kasih padaku akan bersama-samaku di syurga”
Antara kelebihan dalam mengamalkan sunnah. Banyak lagi hadis-hadis tentang sunnah nabi. Kita kata kita cintakan Nabi Muhammad s.a.w. Tertib cinta, bila kita jatuh cinta pada seseorang, kita akan suka kepada semua yang ada padanya dan akan buat yang dia suka. Jika benar dakwaan kita yang kita cintakan Nabi, sudah menjadi kewajiban untuk kita mengikuti sunnahnya walaupun tidak mendapat apa-apa. Apatah lagi dengan janji-janji kebaikan yang banyak daripada Allah. Sudah berapa banyak sunnah dalam kehidupan kita yang kita amalkan secara istiqamah?
Untuk mengamalkan sunnah maka kita ambil daripada 3 bahagian ini.
1. Suurah Nabi Muhammad s.a.w. iaitu gambaran luar, fizikal Nabi Muhammad s.a.w. Contohnya menipiskan misai, menyimpan janggut, bersiwak, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dll.
2. Sirah Nabi Muhammad s.a.w. iaitu perjalanan hidup Nabi s.a.w. daripada bangun tidur sehingga tidur semula. Asasnya, tidur cara nabi, makan cara nabi, masuk tandas cara nabi, perjalanan cara nabi, keluar masuk rumah cara nabi, berkenderaan cara nabi dan bersama isteri pun cara nabi. Banyak lagi adab-adab harian yang mengikut sunnah yang kita perlu sempurnakan.
3. Sarirah Nabi Muhammad s.a.w. iaitu kerisauan nabi. Nabi fikir macam mana semua ummatnya masuk syurga. Fikir inilah yang perlu ada dalam hati semua orang mukmin.
Semoga dalat diambil manafaat daripada insan yang jahil ini. Saya banyak lagi yang tak tahu. Semoga pembaca semua doakan saya dan tinggalkan komen2 bernas anda sebagai penyntik semangat saya untuk terus berkogsi. Apa pendapat semua tentang sunnah Nabi Muhammad s.a.w.


