Tidak sempurna iman seseorang itu selagimana dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Kejayaan saya, tuan2 dan seluruh ummat manusia dalam mengamalkan agama dengan sempurna. Imaniat, ibadat, muammalat, muasyarat dan akhlak bertepatan dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. Bila kita amal agama Islam dengan sempurna kita berjaya dunia, berjaya diakhirat. Tetapi bila kita tinggalkan amalan agama kita gagal di dunia dan juga gagal di akhirat. Contonhnya kita ambil yang mudah dan hukumnya sunat tetapi merupakan sunnah Nabi s.a.w. Masuk rumah dengan memberi salam adalah sunnah. Bila kita masuk rumah dengan memberi salam, syaitan tidak akan dapat masuk dan menguasai rumah kita. Jika kita tidak memberi salam, syaitan akan masuk bersama-sama kita dan menguasai rumah kita. Adakah saya dan tuan2 sudah mengamalkannya. Adakah telah kita amalkan? Anak-anak kita? Jom latih dari kecil sehingga jadi tabiat yang baik.

Bila kita yakin dengan perkara tadi, maka kita ada kekuatan untuk mengamalkan memberi salam… kenapa? Kerana iman kita telah bertambah iaitu yakin dengan apa yang Allah janjikan dan telah disampaikan oleh nabi s.a.w. Itulah kepentingan iman. Adakah anda rasa iman penting? Iman sangat-sangat penting kerana iman adalah sumber kekuatan untuk mengamalkan agama. Iman merupakan asas dalam beramal, tanpa iman apa2 amal yang kita buat tidak akan mendatangkan manfaat didunia dan akhirat.

Dengan iman hidup tenang. Allah telah menterai ketenagan itu dalam mengamalkan agama, mengingati nama Allah. Jika lupa pada Allah hidup kita akan susah dan diuji dengan pelbagai musibah. Semogaa kita dapat meneruskan usaha atas iman kita dan menjadi insan bertakwa. Setakat ini sahaja semoga mendapat manfaat dan respon yang baik daripada sahabat pembaca sekalian. Komenlah… boleh saya baca pulak?