6 TIPS BERSAHABAT
Tips-tips bersahabat ini ditulis daripada pengalaman dan pembacaan, kalau ada yang bertentangan dengan pengalaman saudara/ saudari dipersilakan untuk memberi komen. Jadi, apa tipsnya?
1. Pilih orang yang mempunyai minat yang sama dengan anda supaya mempunyai persamaan.
2. Berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan.
3. Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.
4. Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda.
5. Belajar daripada satu sama lain, jangan mengata dibelakang kawan anda.
6. Kamunikasi sangant penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, bincanglah.
Yang tersebut di atas adalah apa yang saya dapat daripada buku Perancangan Eksekutif Islam 2012. Sebenarnya persahabatan adalah perkara yang lebih besar. Untuk PERSAHABATAN itu membawa kepada kebahagian dan kejayaan beberapa faktor penting perlu dititikberatkan.
- Niat mesti kerana Allah – setiap sesuatu kerana Allah akan membawa kepada kebaikan di dunia yang sementara dan akhirat yang selama-lamanya.
- Bersahabat untuk kebaikan – elakkan daripada bersahabat untuk keburukan. Bila kita buat kebaikan dan diikuti oleh sahabat-sahabat/ kawan-kawan kita, maka kita akan dapat pahala tambah.
- Bersahabat dengan orang yang lebih baik dengan kita. Berkawan dengan semua orang, tapi tempat kita merujuk, berkawanlah dengan orang yang lebih baik agamanya daripada kita.
Semoga bermanafaat untuk semua.



