OH! KELDAI
Lembutkan hati dengan bacaan alQuran dan zikrullah, sesungguhnya hati yang 3 hari tidak mendengar bacaan alQuran atau hadis akan keras, keranya lebih keras daripada batu
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ceritanya bermula begini… ada seekor keldai berjalan-jalan, tiba-tiba kerana asyik melihat ke kiri dan kanan, ia jatuh ke dalam perigi buta. “Tolong, tolong, tolongggg!!” keldai itu terus menjerit-jerit dengan sayu meminta pertolongan. keldai boleh bercakap ke? Ia tidak berputus asa dan terus menjerit. Tuan keldai terdengar suara keldai yang sayup2 dan berusaha mencarinya. Akhirnya dia terjumpa dengan keldai yang terperangkap dalam perigi buta itu.
Tuannya cuba untuk mengeluarkannya tetapi tak dapat. Dah beberapa lama mencuba, tuannya mengambil keputusan untuk menimbus keldai bersama perigi buta tersebut, supaya selepas ini tak ada lagi orang yang akan jatuh ke dalamnya. Keldai masih meminta simpati supaya diselamatkan. Tuannya mula menimbus, jatuhlah pasir, tanah dan pelbagai kotoran ke atas keldai tersebut. Keldai itu tidak berputus asa, ia mengerak-gerakkan bandannya sehingga kotoran, debu, tanah yang berada atas badannya berguguran ke bawah dan ia memijaknya. Begitulah seterusnya sehingga ia semakin ke atas dan akhirnya dapatlah ia keluar daripada perigi buta tersebut.
Apa macam? Best tak cerita? Tapi yang lebih penting adalah pengajaran daripada cerita tersebut… akan bersambung kemudian. Emmm nantikan pula cerita atau rahsia tentang lalat dan nyamuk yang diceritakn dalam alQuran. Sebagai pembaca yang bijak bistari, tinggalkan komen atau apa-apa pengajaran yang telah diperoleh daripada cerita ini. Nanti saya kompilekan. Wassalam
[ad code=1 align=center]




salam..macamana saya nak menjadi sekereatif anda…baru berjinak jinak dengan blog..sudi2 la menasihati saya
aimar recently posted..Jangan Jadi Pendusta Asia Tenggara