“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. LUQMAN:34)

Pada bulan 12 seperti biasa banjir berlaku di negeri-negeri sebelah Pantai Timur. Hujan turun tidak terlalu lebat, tetapi berterusan sehingga kadang-kadang 1 minggu menyebabkan banjir besar. Air mula melimpah dikawasan-kawasan lembah dan air dari hulu sungai menerjah laju ke muara menyebabkan peningkatan air yang mendadak dikawasan bandar. Biasanya air dikawasan bandar akan meningkat dengan begitu pantas sekali.

Maka kisah ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia, berkaitan dengan katak laut yang telah hanyut kedarat. Kisah berlaku semasa banjir merah yang berlaku di Besut. Air membuak-buak dan berpusar-pusar. Semua jalan telah ditutup dan hanya kenderaan seperti lori yang masih boleh melintas jalan. Seekor katak laut telah berenang dengan gembiranya kerana semua dah macam lautan.

Namun nasibnya kurang baik, bila air mula surat, dia telah terdampar didaratan berhampiran sebuah kolam. Dia sedih melihat keadaan kolan tersebut. Nun di kolam tersebut, bermandi-manda katak-katak kolam dengan gembiranya. Tiba-tiba seekor katak kolam berenang menuju ke arah katak laut. “Kenapa sedih?”

“Macam mana tak sediah, aku sesat dan tempat ini terlalu sempit untuk aku berenang”

“Sempit? Habis tue tempat kamu macam mana luasnya?”

“Luas… sangat luas”

“Emmmm…. 10 x kolam ini” katak laun mengeleng-gelengkan kepala.

“Emmm… 100 x kolam ini” katak laut diam, kemudian dia berkata ” kamu lihat sendiri nanti, bila banjir datang aku akan kata berenang, maka kamu berenang sampai aku kata berhenti.”

katak kolam besetuju. Maka bila bulan 12 datang, sekali lagi banjir besar berlaku. Katak kolam dan katak laut pun berenang. Berenang, berenang, berenang…

“Berhenti, berhenti…” jerit katak laut.

Katak kolam tengok sekeliling dan berkata ” Ini air banjir, memang tak nampak tebing”

“Tunggu dan lihat” setelah beberapa minggu, air masih tidak berubah, tepi masih tidak memunculkan diri.

“Subhanallah, luasnya” puji katak kolam.

Begitulah ceritanya dan mudah-mudahan anda dapat manfaat daripada cerita ini. Pengajaran daripada cerita ini adalah,

1. Dunia ini sangatlah sempit, tetapi bagi kita sangatlah luas kerana banyak lagi tempat belum kita pergi. Bila mati sahaja, nampak keluasan akhirat, maka hilang semua keluasan dunia dan digamti dengan kesempitan dunia. Hakikatnya dunia ini sempit dan yg luas itu akhirat.

2. Luasnya pengampunan Allah, jika dosa seperti buih dilautan dan memenuhi antara langit dan bumi, bila dia menangis meminta keampunan , maka dosanya akan masuk ke dalam pengampunan Allah seperti jarum masuk ke dlam lautan. Bersangka baik dan mintalah pengampunan Allah.