Kegagalan pada hari ini merupakan batu loncatan untuk kejayaan esok hari. Orang yang tidak pernah gagal tidak akan memahami kemanisan dalam berjaya.

Assalamualaikun dan salam sejahtera…

Saya ingin bersama dengan anda semua untuk membaca cerita:JADI JUTAWAN. SEkarang orang semua nak jadi jutawan, ada yang nak jadi jutawan dunia dan yang lebih penting biarlah jadi jutawan dunia dan akhirat. Mati pasti. Oklah, terus pada cerita saya hari.

[ad code=5 align=center]

Ada seorang yang sangat kaya, tapi umurnya tak panjang.. paham2lah… dia meninggal muda, tapi takdelah muda saya, umurnya sudah 40 tahun lebih. Anak2nya ada 2 orang shaja mewarisi harta kekayaan bapanya. Alhamdulillah anaknya ni taklah teruk sangat… anak bapak katakan. Jadi semasa akhir nafasnya, jutawan ini sempat berpesan kepada anaknya…

“uhuh… wahai anak-anakku, untuk berjaya sebagai jutawan dan kekal sebagai jutawan, nak pesan 2 perkara sahaja. uhuh…. pertama, pergi kerja jangan terkena cahaya matahari dan yang ke-2 hutang jangan minta”. Bapa pergi dulu… mengucap bapanya. Mudah-mudahan saya dan anda pun mati dapat mengucap.

Maka, hiduplah anak-anaknya berasingan dengan kekayaan yang melimpah ruah. Masing-masing berpegang pada apa yang disampaikan oleh ayahnya dan berusaha berhempas pulas untuk meningkatkan kejutawannya. Namun, si adik semakin hari semakin kurang hartanya dan berada dalam serba kekurangan manakala si abang semakin jutawan, dan billionare pun. Ini menimbulkan kemuskilan dan kerisauan kepada ibunya. Maka, satu ketika ibunya pergilah melawat anak-anaknya untuk bertanya khabar berita.

Mak telah sampai di rumah si abang, “Assalamualikum… ape khabar? Sihat”

“Khabar baik, mak sihat?”

“Alhamdulillah… sebenarnya mak datang nie nak bertanya khabar dan apa petua kejayaan kamu nak”

“Oooo… along takde petua apa pun mak, cuma ayah pesan, pertama, pergi kerja jangan terkena cahaya matahari dan yang ke-2 hutang jangan minta.

“Oooo jadi apa kamu buat”

“Senang je mak, sebelum matahari terbit along dah pergi kerja dan matahari dah terbenam baru along balik, jadi takdelah kena cahaya matahari…”

“Habis tue, jangan mintak hutang?”

“Itu lagi senang, berniaga pakai tunai… jangan bagi hutang dan kita tak perlulah mintak hutang”

Itulah serba sedikit perbualan si abang dengan ibunya. Selepas itu ibunya pun pergilah menemui si adik yang semakin miskin. Ibu ini begitu risau tentang si adik ini.

 

Mak telah sampai di rumah si adik… buruk dan tidak terurus.. nampak seperti rumah tinggal yang tiada orang duduk.

“Assalamualikum 3x……”

“Waalaikumusalam… mak! Apa khabar? Mak sihat…”

“Alhamdulillah, sihat… mak datang nie sebenarnya mak datang nie ada hajat”

“Oh yeke… apa hajat mak nie?”

“Mak nak tanya macam mana bisnes anakanda merudum sampai macam nie sekali”

“Oooo… tak taulah mak, kita ikut je pesanan ayah, pertama, pergi kerja jangan terkena cahaya matahari dan yang ke-2 hutang jangan minta.

bermain-main dalam fikiran ibunya,,, si abang pun ini jugak pesanan yang diterima.

“Oooo jadi apa kamu buat” tanya si emak.

“Saya pergi kerja dengan teksi, jemput terus di rumah… supaya tak kena cahaya matahari, saya tak keluar, duduk ofis je… ”

“Habis tue, jangan mintak hutang, apa kamu buat?”

“Itu lagi saya tak faham mak, hutang-hutang yang orang tak bayar semua saya tak mintak… tapi makin teruk bisnes saya, sekarang saya tengah pening antara pesan ayah dan perniagaan saya”

Pengajaran…..

Yang paling mudah… jangan lurus bendul, orang tua-tua cakap dengan berfikir. Jangan kita amal ikut kepala lutut, kat situ mana ada otak. Setiap perkara perlu fikir dan buat menggunakan akal yang waras. Saya tadi pergi rumah adik ipar, bila nak balik saya tak pasti jalan mana nak ikut, so berhenti dan fikir…. jangan berhenti tengah2 jalan… berhenti tempat yang selamat dan nyalakan lampu emergency… alhamdulillah saya dapat jalan yang betul dan selamat.

Kalau kita tak tahu, tanya orang yang tahu… Nabi s.a.w. dan pesan… ikut jelah. Ikut alQuran dan sunnah kita tak akan sesat. Nak berniaga, belajar ilmu perniagaan Islam. Nak bertani, belajar ilmu pertanian Islam, panjang cerita belajar bidang kita ceburi menurut kehendak Allah dan rasul. SEmoga bermanafaat untuk semua.

[ad code=1 align=center]