Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat.. Redha dan pasrah, itulah lumrah. Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang DIA beri & pinjamkan. hati, janganlah terkorban dengan dunia…Sesungguhnya hidup hati sebenarnya u…ntuk mencari mati yang sempurna…Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati…

ANAK SINGA YANG SESAT

singaSeekor anak singa telah sesat dan keluar dari hutan. Dalam perjalanannya, anak singa telah bertemu dengan sekumpulan kambing. Dia pun mulalah mengikuti kumpulan kambing itu dikaki-kaki bukit.

Anak singa mula hidup dengan seronoknnya bersama-sama kambing-kambing tersebut. Dia mula belajar makan rumput… “Uuweek… Emm tak sedap”. Tapi oleh kerana anak singa tengok semua kambing makan rumput, dia pun terus cuba dan lama kelamaan dia telah biasa dengan makan rumput. Anak singa merasakan dirinya kambing dan dia tidak tahu bahawa dia adalah singa.

Anak singa bermain-main dengan anak kambing. Mereka membesar bersama-sama dan bila anak kambing mula tumbuh tanduk, anak-anak kambing menguji tanduk mereka dengan menanduk antara satu sma lain. Anak singa pun cuba menanduk juga.. “Aduh, kenapa aku sakit?” Itulah persoalan difikiran anak kambing. Walaupun sakit, dia terus mencuba, bermain menyebabkan dia membesar menjadi singa yang ‘BOTAK’.

Kadang-kadang dia diketawakan…. masa berlalu.

Pada suatu hari, seekor singa jantan dari hutan mengaummm penuh perasaan… Aaumm. Kambing-kambing lari ketakutan termasuklah anak singa yang bersama-sama kambing. Singa jantan yang mengejar kumpulan kambing tersebut tercengan kehairanan. “Bukankah itu anak singa? Kenapa dia lari?” Singa jantan terus mengejar anak singa tersebut… maka larilah anak singa ketakutan yang teramat sangat. Namun, apakan daya… akhirnya anak singa ditangkap oleh singa jantan tersebut.

Anak singa tersebut telah dibawa ke dalam hutan. Di tebing anak sungai… singa jantan menyuruh anak singa melihat wajahnya. “Eheh mukanya macam singa, bukan macam kambing…” dia kehairanan. Singa jantan menyuruhnya mengaum. “emmmbekkk, emmmbek..” suara kambing yang keluar. Singa jantan mengeleng-ngelengkan kepalanya.

Singan jantan pun mula mengajar anak singa tentang dirinya. Anak singa diajar makan daging sampai termuntah-muntah. Anak singa mula belajar, belajar, belajar menjadi singa yang sebenar. Setelah 3 bulan berlalu, anak singa sudah pandai mengaum… dan bila dia pergi ke kaki9 bukit dan mengaum, semua kambing-kambing lari ketakutan.

Barulah anak singa kenal dirinya yang sebenar dan menghargai siapa dirinya.

RENUNGAN

Dalam kehidupan dunia yang sementara ini, kita perlulah menjadi diri kita sendiri… tidak perlu untuk jadi seperti orang tetapi boleh jadikan orang lain sebagai inspirasi untuk jadi diri kita sendiri. Contohnya Rasulullah dihantar untuk jadi contoh yang terbaik untuk ummat ini, tetapi setiap ornag yang mengikutinya mempunyai identiti diri mereka sendiri. Abu Bakar r.a. dengan sifat benarnya, Umar r.a. dengan keberaniannya dan setiap daripada mereka mempunyai kehebatannya yang tersendiri.

Ambillah Islam sebagai asas pembangunan diri kerana itulah jalan yang terbai untuk mengeluarkan singa dalam diri. Umar sebelum Islam perrnah menanam anaknya hidup-hidup. Satu ketika setelah Islam, beliau menangis kemudian ketawa. Bila ditanya, beliau teringat ketika dahulu…. (Umar menanam anaknya). Saya akan keluarkan artikel mengenai cerita sebelum keIslaman Umar untuk mengzahirkan kehebatan Islam. Selepas Islam, Umar r.a. antara mereka yang telah dijamin syurga dan menjadi khalifah yang memerintah 3/4 dunia.

Hayatilah dan renunglah kehidupan sebenar Islam dan jadilah pejuang (Singa Allah).

Jangan muka je macam singa :)