Buat remaja yang sudah terjebak dalam zina, bertaubatlah segera selagi Dia masih memberi peluang. Andai kau ditakdirkan mempunyai zuriat, jadikanlah dia emas bernilai untuk kau tumpahkan kasih sayang dan pengorbanan. Moga-moga ia boleh menjadi sebab untuk kau mampu ‘membeli’ sebuah keampunan. Tolonglah, Tolonglah, Tolonglah kurayu, jangan dibuang anak itu! Damaikan sikecil itu dalam pelukanmu. Kasihanilah dia, InsyaAllah Allah, Dia akan mengasihani kamu…

Petikan (dengan sedikit tambahan) tulisan Fatimah Syarha dalam kolum Remaja majalah Solusi isu no. 20, ms 69 bertajuk “Damailah Dalam Pelukanku.”

Cuti sekolah bermula… tapi saya tak cuti pun. Saya mengadakan kelas tambahan, mencurah bakti kepada anak bangsa semoga menjadi insan berguna. Namun dalam kesibukan ini, bila saya renung perkongsian di atas yang dipetik dari facebook membuatkan saya berfikir sejenak, ke mana arah tuju pendidikan hari ini setelah sekian lamanya dibentuk dan di bincangkan.
 
Pada saya dan untuk semua insan bapa, ibu dan semua. Pendidikan bermula dirumah. Betul caranya, rumah akan menjadi madrasah. Maka perlu hidupkan beberapa perkara dalam rumah masing-masing:
  1. Solat sunat-galakkan anak-anak, isteri solat sunat di rumah. Kita sendiri pun perlulah banyak-banyak solat sunat di terutam solat sunat taubat, witir dan hajat.
  2. Baca al-Quran – latih bacaan quran kita sehingga dapat habiskan 1 juzuk sehari. Ingat, hak al-Quran hendaklah dibaca sehungga khatam 2 kali setahun.
  3. Bacaan Hadis – amalan ini adalah amalan asas madrasah di rumah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Kitab yang boleh dibaca umum tanpa perlu kepada huraian ustaz.. Kitab fadhail amal, muntakhab hadis dan fadhilat sadakah. Amalan ini akan menjadi tazkirah secara tidak langsung kepada kita, isteri dan anak-anak.
  4. Ziarah – menziarahi sanak saudara, lebih-lebi lagi ibu bapa dah adik beradik kerana faedahnya sangat banyak:
  • memanjangkan umur
  • mengeratkan silaturrahim
  • amalan yang kekal sehingga ke dalam syurga
  • menggugurkan dosa

Saya mengharapkan dengan rahmat Allah semua perkara di atas menjadi amalan saya dan pembaca semua. Saya doakan agar semua pembaca mendapat taufik untuk mengamalkannya.

p.s. Sebarkn kepada rakan-rakan taulan

p.p.s Komen anda menyuburkan inspirasi saya untuk menulis…