Sesiapa yang menjaga 2 perkara, aku menjamin syurga baginya, satu adalah lidah dan yang keduanya adalah kemaluan~ sabda Nabi Muhammad s.a.w.

Assalamualaikum dan slam sejahtera… marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada adik-adik yang telah kembali kerahmatullah dalam kejadian di Hulu Langat (bagi yang Islam)
akhlak mulia
Kembali kita… macam mana hari anda hari ini dan saya ingin bawakan bersama anda semua 10 PERKARA MERUPAKAN AKHLAK TERMULIA. Kongsi-kongsi, mudah-mudahan dapat ganjaran lebih. Saya baru selesai bacaan hadis kat rumah, terbaca bab menghormati jiran… tue yang dapat idea nak tulis entry nie. InysaAllah jika tak ada apa2, lepas Isya’ saya akan baca hadis dengan keluarga. Amalan ini sangat penting, apa yang kita boleh ajar anak, isteri kita? Mudah2an dengan amal nie, saya dan semua ahli keluarga saya dapat belajar sesuatu. InsyaAlalh doakan saya.

[ad code=3 align=center]

OK, sepuluh perkara tersebut:

Hazrat Aisyah r.ha berkata bahawa terdapat 10 perkara yang merupakan akhlak yang termulia sekali. Perkara-perkara ini kadangkala ada pada si anak tetapi tidak pada si bapa, ada pada si hamba, tetapi tidak ada pada tuannya. Perkara-perkara ini merupakan pemberian Allah dan Allah mengurniakan kepada sesiapa yang dia mahu:

1. Bercakap benar.

2. Berlaku jujur terhadap manusia

3. Memberi sedekah kepada peminta.

4. Memberi balasan ihsan.

5. Menghubungkan silaturrahim.

6. Menjaga amanah.

7. Menunaikan hak-hak jiran.

8. Menunaikan hak-hak kawan

9. Menunaikan hak-hak tetamu.

10. Merupakan akar bagi semua ini dan asalnya adalah perasaan malu

 

Dah baca, bagaimana? Ada tak dalam diri kita, tepuk dada tanya iman. Semoga dapat manfaat. Silalah komen share jika rasa ianya bermanafaat. Wassalam

[ad code=1 align=center]