MAC: AZAM BARU
Niat untuk memperbaiki diri, mempertingkatkan diri adalah niat yang baik. Untuk sempurnakannya perlu kepada perancangan yang baik. Tidak ada kebijaksanaan yang lebih daripada perancangan yang baik
Alhamdulillah… saya dan beberapa lama menggunakan theme ini, namun saya tercari-cari cara untuk letakkan slidebar kat atas iaitu selepas header @ menu dan artikel. Saya ada jugak tanya2 orang dan juga letak komen kat blog pencipta theme nie. Akhirnya, mungkin itulah namanya rezeki, saya terjumpa caranya….
Punca-punca tak dapat seperti yang dikehendaki
Saya buat sedikit post-mortem, antara punca saya tak dapat menghasilkan seperti yang saya kehendaki adalah kerana
- Cuai dan tidak teliti. Sebenarnya pada theme setting ada segalanya. Tetapi disebabkan baca sambil lewa dan kurang FOKUS, maka apa yang saya inginkan tidak tercapai.
- Kurang mahir bahasa Inggeris. Bukan bermaksud disini kita wajib mahir tetapi cukuplah kita memahami ayat-ayat inggeris dalam bidang IT.
Pendapat anda bagaimana? Saya percaya setiap daripada anda mempunyai persepsi yang tersendiri yang menjadikan diri kita unik. Kongsikan pengalaman dan pendapat anda dengan saya.
Pengajaran
Daripada peristiwa ini saya belajar beberapa perkara. Perlu ke saya tulis disini… dengan harapan dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan pembaca, antara perkara yang saya belajar…
- Rujuk atau bertanya kepada founder sesuatu perkara secara berterusan.
- Jangan putus asa… InsyaAllah anda akan jumpa jalan penyelesaiaanya.
- Sentiasa belajar dan cuba untuk melakukannya.
Itu sahaja rasanaya perkongsian saya sempena permulaan Mac ini. Kepada yang dah guna atau berminat dengan theme ini boleh gunakannya. Nak setting slidebar boleh tengok gambar dibawah.
Semoga bermanafaat dan dapat membantu…..
This entry was posted by Mohamad Saleh on 01/03/2011 at 1:52 AM, and is filed under TIPS & TUTS. Follow any responses to this post through RSS 2.0.You can leave a response or trackback from your own site.


