“Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku, maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada.” (HR Abu Daud)

Satu pertandingan menghasikan gambar seperti gambar-gambar lama telah diadakan di Syok Grafik Malaysia. Saya ingin mencuba dan telah menyertainya. Saya cuba gabungkan gambar dengan warkah lama dari ibu. Alhamdulillah, hasil sokongan kawan-kawan, komen-komen yang membina, akhirnya saya telah mendapat tempat ke-2. Walaupun penyertaan agak ramai, hasil design saya masih mendapat tempat dihati semua. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong saya.

Sebagai penghargaan kepada yang vote saya khususnya dan kepada peminat grafik amnya, saya tunjukkan hasil design saya yang pertama ini.

umarInilah hasilnya dengan menggunakan gambar anak kesayangan, amanah daripada Allah Muhammad Umar Uzayr yang sekarang ini sudah berumur 7 bulan.

Jika berminat hasil design saya… boleh download menggunakan link dibawah.

Download PSD : Umar

InsyaAllah, saya akan meneruskan minat saya dalam bidang grafik dan meneruskan kerja-kerja menghasilkan wallpaper yang berkualiti. Pnyertaan terkini adalah design kalendar Jun 2010. Boleh lihat hasil terkini di facebook saya.