BLOG SAYA

EPILOG CINTA II
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Epilog cinta II saya tulis dulu. Epilog cinta I mana? InsyaAllah jika ada kesempatan masa saya akan cuba tuliskan. Jika tak sempat atau terlambat saya minta maaf. Sentiasalah tengok update terkini di blog saya ini. Sama-sama hayati.. dan kongsikan.

Mutakhir ini cinta seolah-olah telah hilang keramatnya. Cinta yang suci dan penuh makna menjadi bahan terbuang, berciciran di mana-mana; di lorong-lorong, di bawah rimbunan pohon dan apatah lagi bila malam melabuhkan tirainya. Remaja berebut-rebut mengutip bunga cinta yang berkeliaran dan bersimpang siur di mana-mana. Harga diri dipertaruhkan hingga akhirnya menjadi habuan nafsu yang tidak mengenal iman dan kehormatan.

Entah dimana silapnya cinta yang menjadi lambang kebahagian, kedamaian dan keamanan manusia sejagat menjadi pemusnah. Remaja perempuan hilang maruah demi cinta. Lelaki menjadi penjaja cinta murahannya. Kedua-duanya hilang adab sopan, ibu bapa pula menjadi muruh, kononnya satu pengorbanan.

Kehancuran dan kemusnahan cinta terjadi saban waktu, demikian pula setiap detik ada bunga-bunga cinta berputik di mana-mana. Dimanakah bukti kata pujangga, cinta di alam remaja itu suci dan membawa kesejahteraan? Seluruh pelosok alam tahu cinta memerlukan pengorbanan. Cinta telah menyebabkan terkorbannya iman, agama, maruah, adab dan budaya, meskipun tidak dinafikan cinta pradewasa itu ada yang harum dan kekal mewangi.

Sebenarnya kesucian dan kebenaran cinta itu tidak lahir dari kata-kata. Ia bukan juga bukti sebuah kejujuran dan keikhlasan. Cinta hadir daripada keterampilan pemilik cinta itu sendiri. Seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta dan mencintai seorang perempuan akan menunjukkan sikap, sifat, prnampilan serta gerak laku yang sentiasa meyakinkan insan yang dicintainya. Awas wahai puteri-puteri, setengah-setengah daripada sikap yang demikian baik dan penuh sopan pun penuh pula dengan kepura-puraan.

Kekuatan dan kebenaran cinta yang diredhai Allah sebenarnya bermula daripada diri seorang yang beriman. Jelas suatu pendustaan sekiranya seorang lelaki berkata dia benar-benar mencintai seseorang perempuan tetapi dalam masa yang sama mencemarkan maruah, kesucian atau keimana wanita tersebut. Lelaki adalah pelindung dan pemimpin kepada perempuan. Merekalah pembela maruah dan nasib perempuan. Bolehkah diterima janji cinta sedangkan dalam masa yang sama dia mengheret pasangannya itu ke kancah maksiat? Diakah yang diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan untuk sama-sama mendarat di pulau iman?

Lelaki yang benar-benar mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walaupun sekadar bersentuhan sebagai bukti cinta. Ketahuilah olehmu wahai remaja, semua perlakuan itu tidak lain dan tidak bukan dari hasutan nafsu serakah yang ditujangi hasutan syaitan.

Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tidak perlu berkorban untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan anugerah Ilahi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa, beriman malah berpribadi mulia.

Cinta pasti hadir dalam jiwa manusia terutamanya dalam kemelutnya menghadapi perubahan diri, persekitaran dan juga alam. Serpiha jiwa remaja betembung dengan perasaan ke arah kedewasaan menyebabkan lahirnya pertemuan dua perasaan iaitu jiwa keanak-anakan dan naluri kedewasaaan.

Ketahuilah, rasa cinta, kasih dan sayang di alam remaja hanyalah dorongan naluri untuk memiliki dan dimiliki. Sedangkan hakikat yang sebenar rasa demikian adalah pengisian ke arah tuntutan iman dan kesedaran untuk ditumpahkan sepenuhnya kepada Allah swt. Dan ketahuilah, rasa cinta itu sebenarnya adalah rasa resah yang lair dan tidak terpimpin. Ia adalah rasa yang bakal menjadi virus perosak kepada kehidupan yang penuh peradaban.

Wahai remaja, serahkanlah cintamu kepada Yang Esa, cintamu pasti berbalas dan pelbagai nikmat yang tidak terhintung.

Ibnuumair

KPLI Matematik 2007

HARI RAYA 2011
Yaumul jaaizah- iaitu hari raya adalah hari penerimaan hadiah. Semua muslimin dan muslimat digalakkan hadir ke rumah Allah untuk solat raya termasuk yang uzur boleh datang dan duduk diluar. Kerana pada hari itu, mereka yang pertama-tama menerima hadiah daripada Allah adalah orang yang berada di rumah Allah (masjid/ surau)

Assalamualikum dan salam sejahtera…

Sempena hari raya yang mulia ini, saya sekeluarga ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua rakan-rakan, pengikut-pengikut dan sesiapa sahaja yang mengenali dan membaca blog saya atas segala kesilapan yang telah saya lakukan sama ada dari segi perkataan atau perbuatan. Nampak ke apa yang saya buat kat blog nie… hehehe.

Sama-samalah kita bermaafan dan jangan lupa hubungkan silaturrahim. Terutamanya dengan ibu bapa. Mak dan bapak mertua termasuk jugak tau. Dengan adik beradik, jika ada salah faham dan sengketa, ambillah berkat Hari Raya untuk menjalinkan silaturrahim. Silaturrahim akan menjadi saksi kita dimahkamah Allah.

Nie gambar raya tahun lepas. Edit ala2 gamabr lukisan, tapi tak brapa kemas. Sekarang anak dah besar, dah nak sampai umur 2 tahun. Mula terasa tanggungjawab, jadikan setiap masa termasuk hari raya sebagai medium untuk didik anak adab dan sopan. Kata ahli bijak pandai, tidak ada harta yang paling baik diwarisi kepada anak melainkan adab dan sopan.

Akhir kata, sekali lagi saya mohon ampun dan maaf jika ada silap dan salah. Buat awal2, raya dah takde masa yang tulis artikel nie. Jadi buat dulu, harap semua baca dulu, nanti raya boleh sempurnakan.

p/s:duit raya bukan wajib… niat hadiah @ sedekah itu pahala. Betul ke? hehehe betul kot. Tanya ustaz.

DOA PALING UTAMA BULAN RAMADHAN
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan  Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun” maksudnya dengannya kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?

Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.

Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.

Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah:

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.

Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w.  iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin (“Tabiin” maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil “Sahabat”. Kalau orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin).

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.

Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu “Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.

Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab “Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.” Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.

Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.

Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu…..

GRAFIK KAD HARI RAYA
Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Macam mana hari anda, adakah anda sihat… ucapan raya dah? Tajuk entry kali ini grafik kad hari raya. Saya tiba-tiba rasa nak tulis nie pasal tengah print kad raya untuk sekolah. Zaman it yang sedang berkembang pesat, mengujakan kita semua untuk buat kad raya digital. Lepas boleh send kat kawan2, saudara mara melalui email, fb dan mana2 laman sosial.

Dah buat tue kalau boleh nak yang terbaik. Jadi saya kongsikan beberapa grafik yang boleh didapati secara percuma di internet. Sebelum tue, ini design kad raya sekolah saya. Cantik tak?

Ok seterusnya vektor untuk buat kad raya. Boleh tengok dibawah atau terus ke blog vectorise.net

http://vectorise.net/logo/wp-content/uploads/2011/08/Salam-Ramadhan.png

http://vectorise.net/vectorworks/logos/Islamic/download/Selamat%20Hari%20Raya%2014.png

http://vectorise.net/vectorworks/logos/Islamic/download/Selamat%20Hari%20Raya%2016%20bulan%20sabit.png

Menarik tak.. untuk lebih banyak lagi klik sini.

Harap berguna kepada rakan-rakan semua dan gunalah mengikut ketetapan diblog tersebut. Akhir kata mohon maaf zahir dan batin, SElamat hari raya.

ASAL USUL UWAIS AL-QARNI
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya nak bawakan cerita Uwais al-Qarni. Isteri saya bersalin dan ada niat nak letak nama nie… hehe doakan isteri saya sihat hendaknya. Yang kedua ada kaitan dengan artikel seterusnya. Maksudnya baca yang nie dulu, insyaAllah cerita seterusnya iaitu Doa Paling Utama Bulan Ramadhan.

Ceritanya begini… jeng2.. suspenla pulak.

Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.

Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.

Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menanbah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”

Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak.  Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.

Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.

Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja  iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata “Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah”. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Semoga dapat pengajaran daripada cerita ini dan jangan lupa artikel seterusnya. Apa tajuknya tadi…. nak confirm scroll balik naik atas. Wassalam.

FADHILAT 10 MALAM TERAKHIR
LailatulQadar adalah 1 malam yang mana lebih baik daripada 1000 bulan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sungguh besar pemberian Allah kepada hambanya, manusia yng mempunyai kelemahan dan tabiat yang sering jatuh dalam Lumpur dosa dan kemaksiatan. Sentiasa di di berikan oleh Allah kemudahan-kemudahan untuk mensucikan diri dari karat-karat dosa dan kemaksiatan.

Sepuluh malam terakhir di merupakan satu pemberian Allah kepada hambanya yang tidak terhingga nilainya. Sepuluh akhir yang di maksudkan bemula pada malam 21 ramadhan, karena sejak malam itu rasulullah memperbanyak ibadatnya dari pada malam-malam yang sebelumnya. Sehinggakan beliau membangunkan kaaum keluarganya yang tidur.

Dalam shahihain di sebutkan dari Aisyah radhiallahuanha, ia berkata;  bila masuk 10 hari terakhir bulan ramadhan rasulullah SAW mengikat kainnya dan menjauhkan diri daripada menggauli isterinya, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya. Maksudnya rasulullah mengikat kainnya ialah beliau menjauhkan diri dari menggauli isteri-isterinya, Dan di riwayatkan beliau tidak kembali ketempat tidurnya sehingga bulan ramadhan berlalu. Dalam hadits Anas radhiallahuanhu di sebutkan ;   dan beliau melipat tempat-tempat tidurnya dan menjauhi isteri-isterinya yakni tidak menggaulinya.rasulullah SAW beri’tikaf pada malam 10 terakhir ramadhan, orang yang beri’tikaf tidak dibenarkan mendekati isterinya berdasarkan dalil dan nash serta ijma’. Dan mengikatkan kain di tafsirkan bersungguh-sungguh dalam beribadat.

Berlakunya satu peristiwa besar di bulan ramadhan yaitu ; malam lailatul qadar. Banyak penjelasan raulullah SAWyang sampai kepada kita tentang keutamaan-keutamaan malam yang penuh berkat ini. Sebagai malam yng terbaik daripada malam-malam yang lain. Di dlamnya Allah telah menjanjikan kepada hambanya yang ikhlas dan berharap untuk mendapatkan pelindunganNya di hari akhirat. Allah akan melipat gandakan sampai 1000 bulan untuk amalan-amalan kebaikan yang dilakukan pada malam ini, janji ini telah di jelaskan oleh Allah di dalam al-qur’an surah Al- qadr (ayat 1-5).hal ini tentunya cukup kuat untuk menunjukkan pada kita akan keutamaan malam lailatul qadar,  ini adalah sangat di galakkan bagi kita untuk berusaha untuk memperolehinya dengan mempebanyakkan ibadat dan amalan yang baik.

Rasulullah SAW penah memberikan penjelasan bahwa malam yang penuh dengan kebaikan (lailtul qadar) biasanya jatuh pada malam ganjil pada 10 hari terakhir bulan ramadhan. Dalam hadits shahih rasulullah SAW mengatakan; carilah dia (lailatul qadar) di 10 terakhir bulan ramadhan pada hitungan ganjil (HR bukhari dan muslim). Kebanyakan ulama berkata menguatkan pendapat yang mengatakan malam tersebut adalah malam yang ke 27 . pendapat ini di sokong oleh hadits-hadits yang mejelaskannya. Diantaranya perkataan rasulullah SAW ; barang siapa mencarinya maka carilah di malam ke 27 . ( HR Ahmad ). Namun demikian ulama berselisih dalam dalam kepastiannya akan tetapi mereka bersepakat bahwa malam itu jatuh pada 10 terakhir ramadhan. Oleh yang demikian kita haruslah mengisi semaksimum mungkin dengan ibadat di 10 malam terakhir dalam bulan yang penuh rahmat ini. Dengan itu kita tidak akan khuatir terlepas dari malam lailatul qadar.

Ibnu abi hatim meriwayatkan dari Aisyah radhiallahuanha, rasulullah SAW jika bulan ramadhan (seperti biasa) tidur dan bangun ,  manakala memasuki 10 hari terakhir beliau mengikatkan kainnya dan menjauhkan diri dari menggauli isterinya, serta mandi antara magrib dan isya’. Ibnu jaris berkata mereka menyukai mandi pada setiap malam dari malam-malam 10 hari terakhir, diantara mereka ada yang mandi dan menggunakan wangi-wangian pada malamyang paling di harapkan turunnya lailatul qadar. Oleh itu di anjurkan pada malam yang di harapkan di dalamnya turun lailatul qadar untuk membersihkan diri, menggunakan wangi-wangian dan berhias dengan mandi (sebelumnya).

Dan tidaklah sempurna berhias secara lahir tanpa di sertai dengan berhias secara batin yakni dengan kembali kepada Allah, taubat dan mensucikan diri daripada dosa-dosa. Disebabkan oleh itu berhias secara lahir sama sekali tidak berguna, jika tempat batinnya rosak. Allah tidak melihat kepada rupa dan tubuhmu tetapi Dia  melihat kepada hati dan amal mu, karena itu barang siapa menghadap kepada Allah hendaklah ia berhias secara lahiriah dengan pakaian sedang batinnya dengan taqwa. Firman Allah taala ; hai anak adam sesungguhnya kami telah menurunkan kepada mu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.;. (surah Al-a’raaf; 26)

Di sepuluh akhir ramadhan di galakkan bagi kita beri’tikaf, dalam shahihain di sebutkan, dari Aisyah radhiallahuanha ;bahwasanya nabi SAWsentiasa beri’tikaf pada 10 hari terakhir ramadhan sehingga Allah mewafatkan beliau;. Nabi SAWmelakukan I’tikaf pada 10hari terakhir ramadhan yang didalam di cari lailatul qadar untuk menghentikan berbagai kesibukannya, serta mengosongkan fikirannya, untuk mengasingkan diri demi bermunajat kepada tuhannya, berzikir dan berdoa kepadanya.adapun makna dan hakikat I’tikaf adalah; memutuskan huungan dengan sejenis makhluk untuk penghambaan  kepada Al khaliq. Mengasingkan diri dalam islam ialah dengan I’tikaf di dalam mesjid-mesjid khususnya pada malam ramadhan dan lebih khusus lagi pada 10 hari terakhir di bulan ramadhan, sebagaimana yang telah di lakukan oleh nabi SAW.

Kita sebagai hamba Allah yang benar-benar memahami kebenaran kekuasaaannya sadar bahwa usaha kita dalam mencari lailatul qadar ini adalah untuk membuktikan dan merealisasikan ubudiyah kita kepada Allah. Oleh itu haruslah kita bersama-sama mendekatkan diri walau dimana kita berada tanpa di batasi ruang dan waktu ,karenapenghambaan kepada Allah adalah berterusan sehingga kita meninggal dunia.

Semoga Allah memberikan taufik dan hidayahnya kepada kita .

TIP URUSKAN DUIT
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Hai Rakan-rakan pembaca… semoga sihat sejahtera. Ramai yang tidak sedar mereka mengalami kegagalan

dalam mengurus kewangan masing-masing. Saya dan anda mungkin termasuk dalam golongan ini? Puncanya adalah dari kelemahan diri sendiri. Kelemahan tersebut saya senaraikan untuk rujukan saya dan anda semua… manalah tahu kalau-kalau ada kaitannya dengan kita..

1. Suka berhutang dan kerap menggunakan kad kredit tanpa ada sebarang kawalan.

2. Menyertai pelaburan-pelaburan yang pelbagai tanpa membuat kaji selidik dengan lebih mendalam. Ramai yang terjerat dengan skim cepat kaya!

3. Masih ramai yang bertangguh dalam merancang dan mengurus kewangan. Tiada usaha dan tiada perancangan untuk menguruskan kewangan.

4. Gagal menyimpan wang. Sepatutnya walau apa cara sekalipun, sekurang-kurangnya anda mampu menyimpan sebanyak 10% daripada pendapatan anda setiap bulan TANPA GAGAL.

5. Tidak mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Lebih mudah jika anda mempunyai matlamat kewangan agar anda boleh merancang dan bertindak dari sekarang.

6. Tidak sedar inflasi mengurangkan kuasa beli pada masa hadapan. Jika Rm10,000 hari ini boleh membeli 10 barangan, dalam tempoh 5 tahun lagi mungkin anda hanya mampu membeli 7 barangan yang sama sahaja!

7. Menganggap diri lebih bijak dan tidak mahu menerima nasihat kewangan pakar. Akhirkan anda bakal berdepan dengan situasi melakukan kesilapan kewangan yang mudah dan terjerat dalam hutang.

Bagaimana ? Di antara 7 senarai diatas, adakah salah satu darinya berlaku keatas diri anda?

Renung-renungkanlah…

So Hot!!!
Assalamualikum dan salam sejahtera.

Saya baru buka akaun youtube saya dan bila saya tengok saya rasa macam nak share. Tanpa fikir panjang saya share kat sini video hot… very hot yang telah dibuat oleh saudara Aiman. Aiman tak kesah. Terima kasih kepada aiman yang membuat video hot ini. Tengok jgn tak tengok. Pastikan anda menikmatinya.

<object width="660" height="396"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/i69pkw6VzLc?version=3"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/i69pkw6VzLc?version=3" type="application/x-shockwave-flash" width="660" height="396" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Apa macam? ok? Kalau ok sharelah ngan kawan2. Credit direct to aiman.

TIP2 RAMADHAN UNTUK RAYA
Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Bagaimana dengan bulan Ogos bersamaan bulan Ramadhan

kali ini, rakan-rakan dah jana pendapatan ke belum untuk

persiapan Hari Raya Aidilfitri ini?

Kalau belum ada sebarang duit masuk untuk bulan ini,

bahaya tu. Nanti lepas raya, mesti kering habis..

So, hari ini saya nak bagi sedikit tips dan nasihat

sempena menjelang hari ‘menghabiskan duit’ ni. Ikutilah

beberapa tips ini. Ada 6 tips yang boleh anda ikuti..

1. Masak sendiri di rumah.

Ini tips yang dijamin berkesan jika anda buat terutamanya

di kalangan mereka yang ada keluarga. Anda boleh masak

lauk berbuka dan untuk sahur juga. Hanya perlu panaskan

saja bila tiba waktu sahur.

Jika anda masih bujang dan tinggal di rumah sewa bersama

kawan-kawan, anda boleh berpakat mengumpulkan wang untuk

membeli bahan mentah dan masak sendiri. Masing-masing

boleh gilir memasak. Sudah tentu boleh jimat.

2. Jangan kerap menziarahi Bazar Ramadhan.

Kadangkala anda bukanlah nak sangat membeli di Bazar

Ramadhan tapi bila anda dah mulakan langkah ke sana, anda

pasti terjerat untuk membeli makanan yang tak dijangka.

Perut lapar, tekak kering ditambah penat berjalan, nafsu

makan anda mungkin tak dapat dikawal.

Maka akan berlakulah proses pembelian makanan yang tidak

disangka. Oleh itu, anda sebaiknya merancang dahulu bajet

dan jenis makanan yang anda ingin beli sebelum sampai ke sana.

Ini dapat mengelakkan anda daripada membeli selain dari

apa yang anda tetapkan.

3. Air minum –> Buat sendiri.

Kita selalu lihat ramai orang berpusu-pusu membeli air

di Bazaar Ramadhan. Air tebulah, air cincau lah, air keladilah.

Macam-macam jenis dan warna air boleh disenaraikan.

Sebenarnya kita boleh banyak berjimat apabila kita membeli

kordial atau jus yang boleh dibancuh sendiri dan pastinya

stok begini cukup untuk berminggu-minggu hanya untuk minum

sahaja.

Ini untuk kes bila anda rasa nak minum air manis lah.

Kalau tak, air masak pun dah memadai dan lebih bagus

untuk kesihatan.

4. Berbuka puasa di masjid, surau.

Ini tips paling berkesan dan saya letak di ranking no 1

untuk jimat duit. Anda tak perlu keluarkan langsung duit

untuk juadah berbuka.

Pergi saja ke masjid dan berbuka disana. Lauknya pun

boleh tahan sedap. Dan anda dapat sekali pakej dengan

solat fardhu berjemaah dan terawih.

Ada juga masjid atau surau yang menyediakan bubur

lambuk percuma. Anda boleh buat berbuka atau bersahur.

Dua kali jimat bukan.

5. Elak kerap berbuka puasa di restoran/hotel.

Sekali sekala oklah. Tapi kalau dah selalu, mahu kering

anda. Sekarang pun paling biasa caj untuk bufet ialah

RM30-40. Itu baru anda seorang.

Kalau dah campur isteri dan anak, lagi parah duit anda.

Tepuk dada, lihatlah status kewangan anda. Kalau anda

mampu tidak mengapa, kalau tak mampu anda fikirlah sendiri.

6. Utamakan ibadah dan bukannya membeli tak belah-belah

Ramadhan adalah masa untuk kita lebihkan masa untuk

beribadah. Untuk itu, kita harus ada persediaan awal

untuk membeli pakaian, makanan dan keperluan lain

untuk hari raya.

Adalah bagus jika anda telah membelinya sebelum tiba bulan

Ramadhan lagi. Janganlah biasakan dengan tabiat membeli-belah

di sebelah malam di bulan puasa dimana ia adalah waktu

untuk kita berterawih dan bertadarus Al-Quran.

Jelaskan? Kalau ada lagi tips, saya akan kongsikan

lagi yea. Saya harap mohamadSaleh dapat manfaatkan

tips-tips di atas supaya dapat mengawal duit keluar

agar tidaklah terus mencurah keluar..

Ditulis oleh:

- Tengku Faris Tengku Khalid

http://PerniagaanInternet.my (Web #1 Perniagaan Internet Malaysia)

AMALAN PEMAKANAN SIHAT CARA SUNNAH RASULULLAH S.A.W.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semua sihat hendaknya. Sedikit tips-tips amaaln pemakanan sihat cara sunnah Rasulullah s.a.w.

1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan, daging atau ayam. Baginda pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah mendapat penyakit. ( Para saintis juga telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion positif manakala dalam makanan laut mempunyai ion negative. Jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur makan akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus menjadi rosak.

2. Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.

3. Jangan makan buah bersama susu atau dalam erti kata lain – Koktel. Namun, para saintis telah menemui bahawa adalah baik untuk menikmati khasita susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan masalah penghadaman. Namun, pengguna perlu memilih jenis susu kultur yang kurang kadar kemasaman kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh mnyebabkan gastrik.

4. Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.

5. Rasulullah tidak makan ikan bersama daging atau telur.

6. Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat seperti gandum atau roti.

7. Rasulullah akan tidur sekejab selepas makan tengahari sebelum masuk waktu Zuhur.

8. Rasulullah melarang umatnya untuk meninggalkan MAKAN MALAM. Barangsiapa yang meninggalkan makan malam. Dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah akan meningkat. Makan malam adalah sebelum Magrib.

9. Elakkan makan makanan darat bercampur makanan laut. Contohnya jika seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu, maka dia tidak digalakkan untuk makan makanan laut seperti udang, ikan atau sotong. Walau bagaimanapun, percampuran makanan ini ( antara makana darat dan makanan laut ) tidaklah dianggap haram cuma ia boleh membahayakan kesihatan.

10. Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk secara perlahan-lahan. Nabi melarang kita untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang sedang diminum.

Rasulullah SAW mengajarkan etika makan kepada ummatnya. Di antara hal-hal yang beliau ajarkan adalah :

1. Tidak mencela makanan yang tidak di sukai

2. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan

3. Membaca basmalah dan berdo’a

4. Makan menggunakan tangan kanan

5. Tidak bersandar ketika makan

6. Memakan makanan yang terdekat

7. Memulai makan dari pinggir dan bukan dari tengah

8. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang

9. Menyisip tangan bagi yang makan tanpa sendok/garpu

10. Membersihkan piring dan membuang kotoran dari makanan yang terjatuh lalu memakannya

11. Tidak memperlihatkan rasa jijik terhadap makanan yang tidak biasa dimakan atau tidak disukai

12. Makan dan minum sambil duduk

13. Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas

14. Tidak berprasangka buruk jika makan ditemani orang yang berpenyakit

15. Tidak duduk pada meja yang dihidangkan makanan haram

16. Mendahulukan orang yang dikanan

17. Pemberi minuman yang paling akhir minum

18. Mendoakan shahibul bait (yang mengundang makan)

19. Menutup tempat makan dan minum

Mudah-mudahan kita sebagai umat Islam boleh mencontohnya dengan baik.