Semua orang inginkan kejayaan… tetapi berapa ramai yang menafsirkan kejayaan yang ingin dicapainya mengikut yang Allah kehendaki.

hari ini lebih baik dari semalam

Berjaya bukan datang bergolek seperti bola, tidak juga melayang seperti layang-layang. Perlu susah payah usahakan barulah kita akan merasai manisnya kejayaan. Susah dahulu dalam usaha untuk mendapat kejayaan itu biasa. Jika kita inginkan sehelai seluar yang baik tanpa kain dipotong-potong adalah mustahil. Kain mesti dipotong, dijahit barulah akan menjadi seluar yang selesa dipakai. Begitu juga iman, perlu usaha, dan kesusahan yang datang adalah adab dalam mendapatkan kejayaan.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan fail PSD design ini mesej saya atau reply sahaja kat ruangan komen email anda.