SIAPA SAYA?
Saya diberi nama Mohamad Saleh Abdul Rahman, seorang IM separuh masa. Sangat minat dalam bidang Komputer dan grafik. Mula menceburi IM Sept 2009. Masih dalam proses belajar. Sekarang tengah mempelajari Photoshop untuk GRAFIK, blogger dan wordpress untuk membangunkan BLOG dan Affiliate.
Sejarah hidup saya dan IT. 1997 di SMS Tengku Muhammad Faris Petra, saya ditugaskan untuk menerbitkan risalah mingguan. Saya mula belajar on/off PC sehinggalah dapat menghasilkan layout risalah mingguan yang menarik. Alhamdulillah, daripada sejarah tersebut, saya tergila-gilakan sangat-sangat meminati grafik/ design.
Hasil. Saya design pamplet untuk 1 syarikat barangan muslim dan mendapat RM 300.00. Alhamdulillah, saya mula bercita-cita untuk mendalami ilmu grafik dan berkongsi dengan semua peminat-peminat termasuk yang kurang mahir macam saya.
Blog ini dibangunkan dalam proses belajar wordpress melalui panduan wordpress yang dibeli melalui saudara SmartZul. Click sini.
Terima kasih kerana melawat blog saya.
[ad code=1 align=center]
Assalammualaikum
Menarik penulisan encik. Kalau x keberatan, boleh bagi saya tips macam mana nak dapat job untuk design pamplet, business card atau apa-apa saja? Saya ni student IPTS, jurusan multimedia. Nak cari side income…
Terima kasih